وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Wednesday 30 January 2013

Hadir semula ^^

Bismillah.Assalamualaikum.Untuk sekian lama menyepikan diri ^^


Ok.sebelum apa apa mari mari hayati lagu ini.I like sungguh sungguh^^

Saat menyepikan diri,sungguh la banyak sangat Tarbiyyah yang DIA berikan.Dari sekecil kecil tarbiyyah sampailah tarbiyyah yang mungkin berat pada diri ini.Allah Allah..Hanya mampu tersenyum dengan segalanya..Yakinlah dengan satu perkara 

'' Setiap sesuatu pasti ada yang Allah nak beri,sama ada perkara tu lebih baik atau sebaliknya.Terpulang pada kekuatan hamba itu ^^ ''

Untuk entri kali ini,teringin sangat nak menulis apa yang dah lama tersimpan dalam fikiran dan hati juga mungkin.Ye! mengenai sebuah ''PERSAHABATAN'' sebuah ''UKHUWAH''

Sungguhla dua perkara ini adalah perkara yang tersangat sangat MANIS dan juga AJAIB.Sebab?
Yang mengalami sahaja yang mampu merasai.^^

Apa yang ingin saya sampaikan di sini,dalam sebuah persahabatan itu wajib dan amat wajib untuk hadirkan rasa ini dalam diri anda kepada sahabat anda.Dan perkara itu adalah 

''KEPERCAYAAN ''   '' BINA KEKUATAN ''   '' MEMAHAMI ''

Janganlah terus 'down' andai berlaku sesuatu dalam sebuat persahabatan dan jangan mudah berputus asa andai kita tidak mampu lagi untuk memahami sahabat kita itu.Percaya dan yakinlah 'memahami' tu bukan dapat dengan hanya 2 hari perkenalan dan sabarlah andai sepanjang persahabatan itu pelbagai ujian,rasa dan apa sahaja yang kita hadapi kerana itu semua Ujian Allah untuk melihat proses kita membina kekuatan dalam sebuah persahabatan.

Dahulu,diri ini juga seperti kamu.Tertanya tanya..Mengapa Allah kenalkan diri ini dengan sahabat ini.Sedang Allah tahu bahawa diri ini akan merasai kesakitan di dalam hati ini.Namun segala rancangan Allah itu ada hikmah dan ada sesuatu yang terbaik untuk kita.

Ye! Mungkin sahaja Allah kenalkan diri ini dengan dia kerana sifat kita yang sama atau mungkin sahabat kita itu adalah bayang bayang kita.Maka,sangatlah rugi insan yang sudah ada sahabat di depan mata,lalu dia membiarkan sahaja sahabatnya itu.Percayalah,rasa kasih dan sayang dalam diri untuk sahabat itu pasti wujud dan rasa itu bukan mudah untuk dibuang.Lalu,andai kita membuat sesuatu yang menyebabkan persahabatan itu goyah dan runtuh maka jangan disalahkan sahabat kita andai dia tidak mampu lagi untuk menerima kita seperti dulu ^^

'' Sayang bukan mudah untuk dipasak dalam hati.Sayang pada sahabat adalah anugerah Allah.Dan bila dah hadirnya rasa sayang pada sahabat bukan senang senang kita nak putuskan ukhuwah itu''

Ah!Kalau nak membincangkan dan terus menulis soal 'sahabat' ia sangatlah panjang.

PAHIT MANIS SAKIT NANGIS GEMBIRA 

dan segala rasa ada dalam persahabatan itu.
Yang mampu diri ini katakan.Hargailah.Hargailah dan Hargailah setiap detik yang Allah dah pinjamkan untuk kita membuat insan insan yang disayangi bahagia.Senyum ^^

Semoga yang terbaik itu Allah berikan untuk semua hambaNya.

Wallahualam.

Nota Comel : Ok sangat rindu dengan doc bila bicara soal ini.Sangat rindu pada ngok ngek dan pakatan 5 ;(

No comments:

Post a Comment