وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Friday 9 November 2012

Betapa DIA saja yang tahu~~

Bismillah..

Nikmat yang Allah cukupkan apabila hadirnya seorang sahabat di sisi yang sama sama berpegang tangan untuk menuju sorgaNya yang penuh nikmat..Seorang sahabat yang matlamatnya sama sama berjuang atas jalanNya menjadi penyambung risalah yang dibawa kekasihNya..^^

Dan betapa diri ini rindu dengan sahabat itu,
Dan betapa diri ini sayang dengan ukhuwah itu,
Dan betapa diri ini rindu saat Allah menurunkan dia..
Sungguh ini satu nikmat..satu kenangan ..
Yang sukar dilupakan..



Ukhti sayang, 

Diri ini amat merinduimu,
Pagi dan petang,
Malam dan siang,
Berfikir-fikir terkadang-kadang,
Menggali memori lalu,
Mengorek kisah silam,
Tertanya-tanya,
Adakah kita akan bertemu lagi,
Kalau bukan di dunia,
Mungkinkah di sorga...?


Ukhti sayang, 

Yang menemukan jiwa kita,
Yang merapatkan hati kita,
Yang menggabungkan ruh kita,
Adalah Dia Yang Esa,
Adalah Dia Si Penchenta,
Adalah Dia Si Bijaksana,
Maka wahai ukhti sayang,
Jika kau merindui diriku,
Jika kau mendambakan kasihku,
Jika kau membutuhkan perhatianku,
Adukan padaNya,
Rintihlah padaNya,
Sampaikan padaNya,
Insha-Allah wahai ukhti sayang,
Kerinduanmu itu akan sampai kepadaku,
Dengan angin yang melalu.


Kata sahabat :

''Sebelum Allah pertemukan jasad kita,ruh kita telah pon bertemu dan disana kita telah menerima satu sama lain dengan sebaiknya..Sebab itu ukhuwah kita masih sebegini dan akan kekal selamnya''


''Allah,sungguh aku rindu dengan sahabatku..Senyumannya memberi semangat padaku..Perjuangannya membuat diri termenung lama..Sungguh dia orang yang hebat yang kau hadirkan untuk buat diri sentiasa muhusabah dan berusaha untuk menjadi baik..Sungguh aku sangat rindu..Semakin lama aku bersahabat,semakain banyak kekurangan yang aku lihat pada diri menyebabkan aku sentiasa berusaha mencari diriNYA.."

Tunggu sampai syurga..^_^

''Persahabatan yang sama sama menarik menuju syurga''
''Persahabatan yang didasari dengan keimanan..Menerima segala kelemahan dan kekurangan sahabat''
''Bersahabatlah dengan penuh keikhlasan keranaNYA dan bukan kerana nya''
''Cintailah sahabat keranaNYA dan bukan kerana nya''

Untuk jalan tar dan anda c(:

Wallahualam

No comments:

Post a Comment