وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 9 June 2012

Pusing2 dan jumpa..

Bismillah..

Saya tak tahu apa yang ingin Allah tunjukkan..
Tapi semuanya ibarat kene simbah asid kat muka..
Dan pengajaran daripada TARBIYYAH Allah ini sungguh menusuk..
Mungkinkah ini proses tarbiyyah Allah?
Moga2 Allah memaafkan aku dan semua umat islam..
Allahummamin..

3 hari sebelum ni Allah gerakkan hati untuk 'klik' satu link ni..
Dan lepas daripada tu..jiwa berperang dengan syaitan..
Dan baru lepas beberapa saat tadi masuk pulak ke dalam 1 blog ni dan terjumpa sesuatu..

''Apakah dengan memerhati kau layak menghakimi?''

Huh!Tertembak diri dengan peluru paling laju saat ini..Malu!!

Allah..Allah..
Sungguh andai ada di atas bumi ini tempat yang boleh bersembunyi daripada Allah dan manusia..
Sudah lama kubuat..
Malu dengan diri..
Malu dengan Allah..
Malu dengan orang sekeliling..

Perkongsian serba sikit dengan sahabat sayang membuat diri berfikir dan bertekad inginkan perubahan..

'Jalan untuk berubah kepada kebaikan dan bertemu Allah itu panjang..Dan sepanjang jalan itu bukanlah mudah ada liku liku yang menyebabkan kadang2 iman kita naik dan turun..Kadang2 kita jatuh dan putus asa.Lumraah hidup manusia'

'Dalam dakwah tidak boleh ada kebencian pada sang mad'u andai itu yang terjadi..Nauzubillah'

Dan impian ku bukan untuk meruntuhkan Islam tapi MENAIKKAN Islam itu..
Andai ada kebencian dalam berdakwah..
Boleh jadi..
Disebabkan kita..

'Islam semakin dibenci'

Astagfirullah..

Moga2 para daie diluar sana..Sama2 perbetulkan niat kita..

'Dakwah dengan KASIH SAYANG bukan KEBENCIAN'

Itu yang sedang aku pejuangkan dan tanam dalam diri..
Allah...permudahkanlah jalan ini..

'Tidak semua yang kita rancang itu akan mendapat sempurna seperti yang dirancang..Maka wajib keatas diri kita kembali kepada ''Sultanul Qadr'' Pemilik Qada dan Qadar..Dan perkara ini adalah antara satu pengajaran dan tarbiyyah Allah kepada kekasihNya Rasulullah s.a.w semase hijrah baginda dari mekah ke madinah..''

Hebat kuasa Allah..

Yang baik itu semuanya dari Allah..
Maafkan diri andai terlebih dan kurang..
Aku diri yang sedang berusaha kepada jalan bertemuMu..
Marilah sama2 kita doakan kepada semua umat muslimin agar dikuatkan dan diteguhkan hatinya untuk taat pada Sang Pencipta Yang Agung dan Penyayang..
Tegur saya andai salah kerana teguran itu sangat diperlukan..Bukan niat membenci jauh sekali untuk itu..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment