وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 16 June 2012

Menyingkap Lembaran Sirah..

Bismillah..Assalamualaikum.

'Jika kita cinta akan sesuatu,kita akan sentiasa menyebut akan benda itu'

Ya!Betul kata2 ini.Orang yang bercinta,akan sentiasa menyebut nama orang yang dicintainya malah hatinya akan berbunga bunga tambah dengan gembira tambah lagi dengan senyuman yang memang susah nak tengok bila nama orang yang dicintainya itu disebut.Malah orang itu sendiri tidak akan pernah 'boring' dengan nama orang yang dicintainya..

Tetapi..

Berapa ramai dikalangan kita pada hari ini,mengatakan dirinya cinta pada kekasih kita Rasulullah s.a.w dengan sentiasa menyebut,mengingat,mengagumkan baginda?Berapa ramai dikalangan kita pada hari ini sudah menipu diri kita sendiri dengan mengatakan 'aku cinta dengan Raslullah s.a.w' namun dalam hatinya lebih cinta kepada manusia dan dunia?

Ulama khilaf dengan tarikh berlakunya Isra' Mikraj..
Tapi Ibnu Hajar,''Yang lebih dekat denganku adalah 27 rejab''.Wallahualam.
Tapi pada saya,walaupun tarikh itu suatu yang penting,tidaklah sampai kita perlu bergaduh untuk mensohihkan tarikh mana yang betul kerana,sebenarnya dan sepatutnya dalam diri kita ini MEMANG dah letak dalam hati CINTA akan Nabi s.a.w.Tak kan kita nak harapkan Ah Cong dan Muthusamy untuk cinta pada baginda.Tidak malu kita umat ISLAM?Bukan hanya dengan maulid Rasulullah s.a.w dengan Isra Mikraj sahaja kita akan mengingati Rasulullah s.a.w.Cumanya pada tarikh2 penting ini kita tingkatkan lagi kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Saya yakin dan percaya ramai dikalangan kita sudah tahu bagaimana Isra Mikraj terjadi..Apa yang dilihat Nabi s.a.w sepanjang2 perjalanan baginda di atas langit.Cuma yang ingin saya kongsikan di sini satu kisah kita lihat bagaimana orang2 ini buktikan cinta mereka pada Rasulullah s.a.w.

Selepas penduduk mekah tidak menerima lagi dakwah baginda,maka pada masa itu Rasulullah s.a.w berhijrahlah ke Taif bersama sahabatnya,antaranya anak angkat baginda Zaid b Harithah,pakciknya Hamzah,dan juga seorang lagi sahabat Saidina Jaafar.Pada waktu itu,Rasulullah s.a.w beranggapan bahawa penduduk Taif ini hatinya tidak keras seperti penduduk Mekah.Namun jauh sekali meleset anggapan Nabi ini,malah penduduk Taif ini lebih dan sama teruknya dengan penduduk mekah.Ketika Nabi s.a.w berdakwah,tiba2 orang2 tua di situ,orang2 muda membaling batu pada diri Rasulullah s.a.w.Sehinggakan mengalir darah merah dari wajah baginda yang suci itu.[Batu di padang pasir bukan seperti batu di Malaysia yang kecik2.Batu di sana besar2].Dan pada waktu itu terus Zaid B Harithah memeluk tubuh Nabi s.a.w dan menjadikan badanya BENTENG untuk menyelamatkan Rasulullah s.a.w sehingga lebam2 badan itu.

Ketika itu juga Malaikat Jibrail 'syor' kan pada Nabi,untuk diangkat gunung2 di situ dan hempapkannya pada penduduk Taif.Akibat rasa marah dan geram apabila malaikat melihat Rasulullah s.a.w dilakukan seperti itu.Namun,apa jawab kekasih kita itu?

'Jangan..Biarkan mereka.Kerana aku percaya kalau bukan mereka yang berubah,pasti anak2 mereka atau generasi akan datang akan berubah'

Lihat!Betapa sikap pemaaf dalam diri Rasulullah s.a.w itu walaupun dirinya dihina,dibaling batu sehingga mengalir darah pada wajah baginda..

Apa yang ingin saya 'hitamkan' disini,
Bagaimana,seorang pemuda seperti Zaid B Harithah sanggup menjadikan badanya Benteng untuk selamatkan insan yang disayanginya.Bukti kecintaan dirinya pada Rasulullah s.a.w.Jika kita lihat umat pada hari ini,tidak hampir separuh yang sanggup menjadikan dirinya BENTENG ISLAM.Bukanlah bermakna kita kena jadi pengebom berani mati..Cuma,cuba kita tanya diri,berapa banyak perngorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam?Untuk menyambung dakwah Nabi kita?Ramai manusia tidak sanggup untuk lakukan perakara2 ini..


''Tidak Sedia''
''Bukannya Ulama nak dakwah2''
''Busy la..Banyak benda nak buat''

Jadi..Bila masa anda akan bersedia?
Bila masa waktu anda akan lapang untuk lakukan kerja2 dakwah ni?
Tak malu ke kita,nanti waktu kiamat,kita meminta2 syafaat daripada Rasulullah s.a.w sedangkan kita tidak bantu langsung perjuangan baginda?
Mana BUKTI KECINTAAN kita pada baginda?

'Pemuda hari ini mencerminkan bagaimana keadaan Negara pada masa akan datang'..

Andai bukan kita yang mulakan langkah,tak kan kita nak harapkan sekali lagi Ah Cong dan Muhusamy untuk bercerita tentang Islam?

Andai benar dan betul kita benar2 letakkan cinta dalam diri ini pada Rasulullah s.a.w,pada agama tauhid yang disebarkan,maka kita!akan memulakan langkah menyebarkan dakwah..Jangan tunggu waktu 'free'.Jangan tunggu ilmu cukup baru nak dakwah.Kerana itu semua tidak akan pernah cukup pada diri kita..Percayalah!

Sesungguhnya Islam memerlukan pemuda seperti Saidina Ali yang berani tidur di katil baginda ketika musyrikin mekah ingin membunuh Nabi,Islam memerlukan pemuda seperti Zaid B Harithah yang sanggup menjadikan dirinya BENTENG menyelamatkan Rasulullah s.a.w ,pemuda sepeti Saidina Jaafar At Tair yang sanggup syahid pada jalan Allah juga pemuda seperti Muhammad Al Fateh yang dapat menawan Kota Kostantinopal pada usia muda..Islam juga memerlukan mujahidah Islam seperi Aisyah r.a yang banyak ilmu dan berani,Khaulah Al Azwar yang sanggup terjun di medan perang ketika peperangan sedang sampai ke kemuncaknya,seperti Asma Bt Abu Bakar yang berani membawa makanan ketika Nabi s.a.w bersembunyi di Gua Thur sedang orang2 kafir sedang mencari baginda..

Jadi,kita lihat dalam diri kita..
Kita ingin menjadi BENTENG ISLAM atau menjadi TANGAN2 yang akan MENGHANCURKAN ISLAM?

Dan diakhirnya Islam itu akan mencapai kemenangan jua..

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment