وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Thursday 29 December 2011

Kehebatan disebalik kalimah itu~

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Perkongsian yang pertama dari syarah kitab Safinatun Najah dan Kharidatul Bahiyyah ^_^
Moga bermanfaat.

''BISMILLAHIRAHMANIRAHIM''

Simple bukan ayat itu ?
Senang bukan nak menyebut ?

TAPI

Disebalik ayat itu timbullah kehebatan yang mungkin kita tidak tahu selama ini.

''Setiap perkara yang disukai syariat dimulakan tanpa BISMILLAHIRAHMANIRAHIM tidak ada KEBERKATAN pada  perkara itu''

Ape pula perkara yang disukai syariat ?

Macam2 contoh makan,buka pintu,basuh baju,naik motor ape2 yang seharian kita buat =)

Ha.Refer balik ayat atas ni.TIDAK ADA KEBERKATAN pada perkara itu.Walaupun ada sedikit keberkatan tapi ia tak akan bertahan lama.Contoh,kita buat satu majlis kenduri nak pergi umrah.Tapi kita tak mulakan dengan Bismillah,kenduri tadi yang syariat suka dan bolehkan yang sepatutnya keberkatannya untuk waktu berbulan atau tahun yang lama tapi keberkatan kenduri tadi hanya ada dalam masa 3 minit atau kurang daripada itu.

Kata ustaz di baitulqurra

''Kita hidup untuk mendapat keberkatan Allah.Andai seorang pelajar itu dia lembap,tak cerdik dalam pelajaran tapi apabila dia hormat guru dia dengan hormat yang sangat2 maka di situ tidak mustahil pelajar itu akan berjaya mendapat pelajar terbaik atau tidak mustahil pelajar itu mudah memahami apa yang diajar guru didalam kelas.Kerana apa?Kerana KEBERKATAN itu penting.''

''Jika seorang pelajar itu cerdik,berjaya..Tidak pernah gagal akan tetapi hubungannya dengan Allah tidak ada tidak mustahil pelajar itu masa hadapannya gelap dan susah kerana KEBERKATAN dari Allah itu tiada''

Aiwah.Sekarang saya nak tanya kenapa perkataan bismillah ade 4 ?
Maksudnya

1-Bismi
2-Allahi
3-Ar Rahman
4-Ar Rahim.

Ha.Kenapa ade 4?Kenapa tak 5 ? Kenapa mesti 4?

Sebab saat iblis janji dengan Allah dia akan menggoda,menghasut manusia direct Allah turunkan 4 perkataan tu.Benteng pada manusia dari depan,belakang,kiri,dan kanan.Sayang tak sayang Allah dengan manusia ni?Tapi apa yang kita buat untuk balas balik apa yang Allah berikan ?

''Habistu atas dengan bawah tak ada bentenglah ?''


Ada,Of Fos ada bentengnya.
Bahagian atas turunnya RAHMAT Allah.Rahmat Allah ni turun umpama cahaya yang sangat terang,jika iblis atau kawan2 dia nak tembus masuk dalam kepala kita,dia akan terbakar panas.Dan Rahmat Allah ni turun tidak putus2.

Bahagian bawah pula,tempat sujud kita.Betulkan?Itulah function kita solat.Dalam kita mengabdikan diri ade hikmah disebalik sujud itu.Maka barangsiapa yang banyak sujud pada Allah,kuatlah benteng dia.

''Tapi orang yang kena rasuk tu jin masuk dari atas kepala''


Ye.Ujian Allah ada dimana2.

''Tidak dikatakan beriman sebelum dia diuji''


Selagi mana kita yakin dengan kalimah itu.Selagi itulah ada kekuatan padanya.Selagi mana kita yakin dengan Allah selagi itulah Allah membantu kita.Allah itu mengikut sangkaan kite.Kalau kita rasa dalam exam Allah tak tolong,maka tidaklah turunya pertolongan Allah.

Sambung lagi.

Dalam kaedah bahasa arab

Huruf ''Ba'' pada kalimah Bismillah,''Ba'' itu bermaksud dengan.
Maknanya,setiap kali kita sebut kalimah ini kita sebenarnya sedang buat kerja BERJEMAAH dengan Allah.Hebatkan?Bukan senang nak berjemaah dengan Allah.Kadang2 dengan Ketua jabatan ke Ketua Kampung ke kita tak dapat nak buat kerja jemaah dengan dia.Inikan Allah.Dengan ucap kalimah tu senang2 je boleh buat kerja berjemaah dengan Allah.SubahanAllah.Hebatnya kemurahan Allah.

Cerita ustaz saya,

''Ada seorang syeikh ni die kalau makan setiap kali nak ceduk makanan baca bismillah.Kalau kita makan baca bismillah sekali je kan sebelum makan itupun kalau ingat.Kalau dah pelahap lapar tahap tak ingat bismillah lagilah mana nak ingat kan.''

Jadi kesimpulannya,sama2 lah kita berusaha menjadi 'Ahli Bismillah''
Kita manusia yang lemah,tiada kudrat,jika tiada pertolongan dari Allah mana mungkin kita akan dapat melakukan sesuatu.Hakikatnya,jiwa kita manusia saat ini jauh dari Allah.

Kata ustaz

''Bismillah itu bukan kalimah dihujung lidah.Tiada nilainya''

Saya ambil kata2 seorang abang usrah saya

''Kita ni sekarang,anggap Allah tu macam jamban.Bila dah sakit perut sangat baru cari jamban''

Macam tu sekali manusia sekarang anggap Allah.Jamban tu kalau pandang hina kan ? Kita anggap Allah macam jamban ? Bila susah baru nak cari ? Macam tu?Nauzubillah.

''Wahai manusia,kamulah yang memerlukan Allah,dan Allah Diala Yang Mahakaya ( tidak memerlukan sesuata ),Maha Terpuji''-Fatir ayat 15-

Sekadar ini dulu perkongsian saya.Moga sama2 dapat mengambil ibrah atas penulisan ini.
Wallahualam.Syukran.Jadilah kita ahli bismillah.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment