وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Tuesday 27 December 2011

Kain Kecil itu~

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

Kata2 itu dari lidahmu

''Eh,kakak awak pakai tudung ninja ke tutup muka ? ^^''


''Akak buka la muka,saya nak kenal akak yang mana ''


''Akak2 kenapa akak ni tutup muka dia ?^^ ''

Persoalan yang normal..Kata2 seorang ukhti

''Apabila kita memilih jalan ini maka siapkanlah diri untuk menerima segalanya''

Kain kecil itu,
Kenapa begitu ramai orang persoalkannya?,
Aku ingin lindung wajahku dari fitnah dunia,
Bukan kerana aku ingin orang makin memandang ku,mengenaliku,
Aku ingin bermujahadah mencontohi pakaian ummahatul mukminin..


Wahai Allah,
dalam berjuta manusia yang Kau hidupkan,
Kau memelihku ku untuk memakai kain kecil itu,
Tiada kata yang mampu ku berikan,tiada apa yang mampu ku balas melainkan syukur kepadaMu..

Bukan Mudah untuk bermujahadah.
Bukan mudah untuk berjalan dan kuatkan diri ketika pergi ke Shopping Mall..
Alhamdulilah,sudah lebih 3 minggu Allah kuatkan hati ini memakai kain kecil itu..

Kain itu umpama penyelamat,benteng diri,
Jika ingin keluar dari rumah otak akan berfikir berkali kali pakain apa yang sesuai untuk dibawa jalan,kaki akan berkira kira mahu pergi ke tempat mana,mulut akan berhatu hati mengeluarkan bicara..kerana itu semua jika tersilap langkah bakal mengundang fitnah bukan sahaja pada diri tapi pada ISLAM itu sendiri.


''Wahai Allah,yang memegang jiwani,kuatkanlah aku dalam agamaMu,kuatkanlah aku dalam mujahadah kepada kebaikan.Allahummamin''

Wallahualam.

Nota Comel : Syukran Ya Allah,syukran ayahumi yang memahami diri ini..

No comments:

Post a Comment