وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Wednesday 21 December 2011

Balik Belajar dari Pondok :)

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk pertama selepas balik belajar ilmu Allah.Apa khabar anda ? Moga dalam lindungan rahmat Allah dan kasih sayangNya sentiasa.Allahummamin.:)

3 Dis ---> 18 Dis

''Perjalanan itu bukan aku yang tentukan tetapi DIA.Aku hanya merancang DIA yang melaksanakan''


''Syukran Ya Robb.Dalam ribuan,jutaan makhlukMu Kau memilihku untuk datang ke tempat barakah ini ''


''BAITULQURRA WAL FUQAHA MELAKA''


''Indah , tenang , kekuatan..semua yang ku pinta KAU makbulkan Ya Robb..Bahagianya diri ini ''


''Rindu ketenangan itu''


''Rindu dengan akhowat KMS,Australia,IPG dan mereka yang kita sama2 duduk dibawah satu tempat barakah,murajaah,berbincang,saling nasihat dan memberi kekutan antara satu dengan lain''


''Kitab SafinatunNajah + Al Khoridah Al Bahiyyah,yang nipis tapi penuh mantap,panjang syarahnya akhirnya dapat kami habiskan ''


''Para ustaz yang ilmunya didapati daripada ulama yaman keturunan Rasulullah s.a.w.Hebatnya mereka ''


''Nasihat para ustaz supaya belajar bersungguh sungguh meresap dalam jiwa setiap kami ''


''Bau ud ( geharu ) :) pelajar pondok yang menenangkan,perbincangan yang panjang hingga melepasi lewat malam ''

''Dan KAU membuktikan ayatMu dalam Alquran''

''Katakanlah (Muhammad ),Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat kalimat Tuhanku meskipun Kami Datngkan tambahan sebanyak itu pula -Alkahfi 109-''

''Ilmu yang dicurahkan hingga belum sampai 3 hari sudah kering dakwat pen,tinggal beberapa helai sebelum tamatnya buku nota.Hebatnya ilmuMu Ya Allah.Sungguh Segalanya itu daripadaMu''

~Syukran kepada kakak2 yang menjaga dirini,yang membawa dirini pergi melihat dan mencari ketenangan di pantai..Biah,Ilmu,Qasidah yang tak akan mungkin dilupakan.InsyaAllah.

Cukup sekadar yang pertama selepas balik dari pondok.InsyaAllah segala huraian ilmu mana yang mampu akan dikongsi hinggat akhir hayat..Wallahualam


     ~Qasidah pertama yang melenyapkan segala lagu yang disukai sebelum ni..Syahdu penuh ketenangan  dialunkan setiap habis kelas feqh waktu malam..Rindu suasana itu~:)..Video ust Shauqi qasidah:):)


Nota Comel : Allah,jangan KAU letakan perasaan yang tidakku ingin saat ini ..Jauhlah manusia..

No comments:

Post a Comment