وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Wednesday 12 October 2011

Sharing is Caring is Loving ^ ^




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ye..Saya tak tahu kenapa semakin rajin nak update entry2 baru..hoho..Padahal tengah dalam exam..But neva mind selagi boleh berkongsi akan dikongsi sehingga habis.InsyaAllah..Alhamdulilah Allah permudahkan kami semua menjawab kertas imtihan tadi dengan baik walaupun memang tangan tidak sakit la kan mengarang karang ni..Saya nak share dengan anda semua ni..

Kisah 1 :

Allah bagi peluang kepada diri ini mendegar luahan hati seorang sahabat yang saya sangat gembira bila die semakin berubah..Apa yang saya dapat daripada perkongsian selama 2 jam lebih ni sangat mengajar saya apa itu ujian Allah.Bagaimana ujian yang Allah timpakan kepada seorang hambaNya mengikut kemampuan diriNya.Saat sahabat itu cerita bagaimana saat iman berperang dengan nafsu..Siapa yang menang ??

'' Aku dah lama ikut nafsu..Kau tau tak aku duduk depan cermin cakap sendiri bila nak berubah bila nak berubah..Aku selalu fikir apa kata orang nanti kalau aku buat macam ni.Aku bukan fikir apa kata Allah..Bedosanya aku..''

Sehingga apabila iman mengawal dirinya..

''Alhamdulilah..Aku ingat orang akan mengata aku kalau aku pakai pakaian sopan macam ni.Tapi rupanya sebaliknya..Orang2 sekeliling aku sangat hormat dengan aku ''

Ujian 2 :

'' Kau tau tak aku ingat apa yang aku dapat ni kira paling perghh..Tapikan rupanya ujian yang Allah kasik kat dia lagi mantap..Tiap kali balik kampung je dia akan menahan air mata hanya sebab untuk manjaga maruah sebagai seorang perempuan ''

Saya nak tanya.Apa perasaan kita apabila kita menjaga maruah kita dengan tidak bagi lelaki yang bukan muhrim salam kita,dan tiba2 lelaki itu marah dengan berkata

'' Kenapa tak nak salam ni? Tengok orang lain sumua salam pakcik..(dengan tunjuk2 saudara yang lain )''

Sehingga berlaku pergaduhan keluarga diantara ayah2 mereka..MasyaAllah..Hebatnya ujian dia dan tamparan  untuk dia menjadi kuat mempertahankan maruahnya.

Apa yang nak dikata

''Setiap ujian Allah tu ada hikmahnya.Bagi orang yang mempunyai keluarga yang sangat memelihara aurat mereka akan mengatakan ujian yang Allah berikan seperti diatas sebagai ujian yang kecil ( bukan riak ) kerana iman mereka masih berpegang kuat dengan tali Allah.Akan tetapi orang ini Allah akan uji dia lagi hebat apabila ujian antara diri dan iman.( aqidah )..''

Setiap manusia Allah uji dengan berbeza beza.Orang yang lemah sikit Allah uji dia dengan benda yang berat bagi dia tapi ringan bagi orang yang kuat.Manakala orang yang kuat Allah akan uji die dengan ujian yang lagi hebat mengikut kemampuan dirinya..Bersyukurlah kita atas apa yang Allah berikan.Selagi mana kita memegang title ''ISLAM'' jagalah ia sebaiknya..Jangan sebab kita,timbulnya fitnah yang dalam Islam itu..

Sama2 ambil iktibar..Pesanan saya untuk diri ini khasnya dan anda..Andai ada orang yang ingin bercerita masalahnya dengan anda jaganlah mengelak dan yang paling penting kena ni ''SENYUM'' dan tunjukan muka yang paling cutee biar nanti orang yang cerita tu akan tenang sikit.Ok? ^ ^





[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Wallahualam.Syukran kepada awak sahabat perkongsian yang beharga mengajar saya untuk lebih lembut tatkala berdakwah..

Nota Comel : Suke2 dapat hadiah comel warna pink lagi..Syukran kathir..

No comments:

Post a Comment