وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Monday 10 October 2011

Majlis Haul Imam Al Haddad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. =)

Ye sekali lagi saya tak berkesempatan untuk duduk dalam majlis itu..Sungguh seronok andai duduk dalam majlis itu.Ibarat anda sedang duduk di dalam kasih sayang Allah dengan dilindungi para malaikatNya..Hati terasa tenang..Tidak ada rasa gentar saat itu..

Tahun lepas tak dapat pergi juga..Tapi alhamdulilah masih berkesempatan untuk duduk dalam majlis insan yang saya sangat kasihi iaitu Habib Umar Al Hafiz awal tahun hari tu..Dan alhamdulilah juga sebab majlis ceramah Habib Umar ni pun acara2 dia ala2 majlis haul imam al haddad ni.Ada zikir,qasidah yang paling penting ada kata2 mutiara yang mereka sampaikan..Dan lagi satu lupa..Duduk dalam majlis ni anda akan rasa sangat sangat sangat rindu untuk bertemu dengan kekasih yang mulia..Rasulullah s.a.w..Tak tipu..hati akan sayu..(Rindu nye dengan Rasulullah s.a.w..Nak pergi masjid nabawi lagi ) =(


                                               ~Majlis dia macam ni la..Tenangkan tengok...~
                                     

Lastly..Pesanan untuk diri dan anda.'Muliakanlah dan sayangilah Rasulullah s.a.w dan ahli keluarga baginda'.Ini juga yang sering diucap Imam Syafie dan perkara ini juga yang membuat Imam Maliki tidak sanggup membiarkan dirinya duduk di atas kuda tatkala sampai ke Madinah.Imam Maliki dengan rendah diri jalan kaki dengan membawa kudanya kerana rasa sayang dan hormat kepada junjungan mulia..Rasulullah s.a.w

Wallahualam.

Ulat Buku : Sedang dalam proses habiskan buku Imam Maliki dan bakal menghabiskan lagi 2 buku Imam ( Hanbali dan Hanifah )..Macam mana nak fokus SMA ni ?? Buku lain pon tengah beratur..

Ayat Comel : To nisa al asmar,huhu anda pon tak dapat pergi majlis haul kali ni..Tapi da pergi tahun lepas =(..Tak sabar2 nak jalankan rancangan kita..=)

No comments:

Post a Comment