وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Thursday, 2 June 2011

KTM ----> LRT ----> MONORAIL

Assalamualaikum..

Alhamdulilah.Sekali lagi Allah kasik peluang dapat tulis2,share2 dengan anda2 semua.Dan alhamdulilah semalam akhirnyee saya dapat menjejakkan kaki ke tempat ini

Loyat -------> Times Square --------> Sogo

Menggunakan driver tersayang ini

KTM -----> LRT -----> MONORAIL

Agak jakun di situ ye.Actually bukan nak jakun sangat cumenye first time pergi ke tempat 3 tu dan naik 2 driver tu ( kecuali KTM ) .Ape yang nak share hari ni.Dalam saya berjalan jalan saya tengok keliling ragam manusia , pakaian muslimah , macam2 lagi la.Yang saya nak share hari ni pakaian yang dipakai oleh muslimah2.Bukan nak kata pakaian saya bagus..Tidakk sama sekali cuma mengigatkan diri dan anda yang selalu lupa.Betullah apa yang Rasulullah s.a.w cakap:

''Islam itu bermula dalam keadaan ganjil , dan ia akan kembali menjadi ganjil sebagaimana ia bermula.Maka beruntunglah mereka yang ganjil ( mereka yang melakuakn islah ketika fasadnya manusia ) ''

Dan betullah juga apa yang ustazah saya kongsi :

''Islam kini kian menjadi dagangan ''

Setuju ?? Kenapa saya kata setuju sebabnya , bila saya jejak kaki kat 3 tempat kat atas kalau adelah muslimah yang bertudung litup,labuh memakai jubah saya pasti dan pasti muslimah lain atau orang2 yang sedang shopping di situ akan pandang pelik.Tak percaya ?Cuba try sendiri.Ok2.Kita ambil contoh yang paling dekat la dekat sunway piramid.Asal masuk situ pakai pakaian yang cukup jaga imej islam orang2 di situ akan pandang macam pelik la.Mungkin pakaian jubah , baju kurung atau yang sewaktu denganya tak sesuai nak masuk tempat macam tu.Mungkin baju2 tu sesuai nak datang masjid , kenduri kahwin , majlis2 arwah.Mungkin la.Nak pakai juga baju2 , selendang2 macam tred sekarang.Boleh sangat.Tak ada orang halang cumanya meh kita pakai macam apa yang ayat ni suruh :

''Dan katakanlah pada para perempuan yang beriman, agar menjaga pandangan,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yang biasa dilihat.Dan hendaklah mereka menutup kain kerundungnya ke dadanya kecuali kepada suami mereka,atau ayah meraka, atau ayah suami mereka,atau putra2 mereka,atau putra2 sumai mereka, atau saudara2 laki2 meraka,atau putra2 saudara perempuan mereka,atau para perempuan ( sesama islam ) mereka,atau hamba sahaya yang mereka miliki , atau para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan jaganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembuyikan.Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung''-An Nur ayat31-
                                                                                                            

Rasulullah s.a.w bersabda :


'' Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan maka Allah akan memberi pakian kehinaan di akhirat nanti '' - Riwayat Ahmad , Abu daud , An nasaii dan Ibnu majah-


''Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 y berpakaian tapi telanjang ( berpakain ketat/ tipis/jarang/membentuk dan berbelah/membuka bahagian2 tertentu ) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.-Bukhari dan Muslim-

''Akan muncul dalam kalangan umatku diakhir zaman , kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana,lalu mereka turun di depan pintu masjid.Wanita2 mereka (isteri atau anak perempuan) berpakaian tetapi bertelanjang (nipis dan ketat ).Di atas kepala mereka pula ( wanita ) terdapat bonggolan ( sanggul atau tocang ) seperti bonggol unta yang lemah gemalai.Oleh itu laknatlan mereka semua.Sesungguhnya mereka adalah wanita terlaknat - Riwayat Ahmad- 


Haa..Dah baca dah ayat kat atas tu.Bolehkan pakai selendang bolehkan pakai t shirt tapi selendang yang menutup sampai ke dadanya.Bukan betol2 kat dada bawah sikit lagi dan boleh pakai t shirt tapi pakailah t shirt yang menutup aurat labuh hingga ke punggung tidak ketat.Panas eh ?? Sekejap je tu.Akhirat bukan lagi panas ke ? Saya ingin mengigatkan diri dan anda khususnya muslimah di luar sana.Jejak je kaki kita ke luar rumah untuk pergi ke tempat lain kita sedang membawa imej islam dan orang yang bukan islam sedang memandang kita untuk mereka lihat bagaimana islam itu . Cara kita pemerkan islam itu , semuanya sedang dilihat.Cara pemakaian kita juga ni melambangkan diri kita dan buat orang percaya kat kita.Tak percaya lagi?Cube la try.Walaupun mungkin ada yang tidak perasan bagaimana pembawaan kita itu tapi Allah masih melihat dan apa yang kita buat dikira sebagai amal.Boleh pakai ape2 cume jangan berlebihan.Ingat kehidupan dunia tempat kita mencari amal dan akhirat tempat kita menerima apa yanah kita buat di dunia.

Ok.Sambung cerita semalam.Tipu sangat kalau cakap tak penat.Sebelum perjalanan berakhir ke shah alam.Singgah dulu di KL Central untuk  berjumpa dengan insan yang perlu dijumpa.:)Seronok?Gembira? Wallahuaalam.Yang penting dapat jumpe kejap pon jadilah sebab dah lama tak jumpa sangatlah rindu.:):)


                     ~    Comelkan.Syukran pada yang memberi.Tak sangka sangat ~    
  

InsyaAllah.Itu saja yang dapat di kongsi.Mana yang baik kita ambil menjadi panduan hidup.Syukran kepada dua orang kakak yang sudi teman,belanja makan dan syukran kepada insan yang memberi hadiah.Seronok jumpa even tak borak ape2.:)
                                  

   

1 comment:

  1. stkt snyum..ingt nk bork2 ka..
    da x dpt dduk..=)

    ReplyDelete