وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 25 June 2011

~Haramain~

Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulilah,segala pujian kita ucap kepada Allah kerana sehingga sekarang kita masih mampu bernafas di muka bumi Allah dengan udara yang segar Allah berikan.Ucap ape ?  ''Alhamdulilah''

Alhamdulilah sekali lagi segala puji bagi Allah kerana telah memberi jemputan khas kepada diri ini untuk menziarahi tanah suciNya.

'' Menjadi tetemu Allah itu sungguh membuat diri ini berubah segalanya '' ..

6 Jun 2011  ---> 19 Jun 2011


Madinah ---> Mekah ---> Jeddah

''Sangatlah menipu kalau mengatakan bahawa diri ini tidak rindu dua kota itu''

''Sangatlah menipu jika mengatakan diri ini tidak rindu melihat suasana umat ISLAM berpusu-pusu di depan pintu masjid untuk beribadat kepadaNya tiap kali berkumandangnya azan ''

''Sangatlah menipu jika mengatakan diri ini tidak rindu melihat suasana apabila masuk ke dalam Masjid Nabawi dan Masjid Haram umat ISLAM kesemuanya yang ada di tangan hanyalah senaskah Al-Quran ''

''Sangatlah menipu mengatakan diri ini tidak rindu melihat suasana umat ISLAM yang ditangannya setiap masa membawa tasbih , membasahi lidah dengan zikrullah ''

''Sangatlah menipu mengatakan apabila diri ini tidak rindu dengan mendengarkan hanya kata2 'MasyaAllah' , 'SubhanaAllah' , 'Assalamualaikum' , 'Maas Salamah' setiap kali berbicara , berjumpa dan berpisah ''

''Sungguh diri ini merindui suasana yang menjaga kesucian para muslimah , melindungi para muslimah dan suasana menjaga ikhtilat ''

''Dan sungguh sungguh diri ini merindui langit yang biru , burung2 beterbangan , hembusan angin dan air laut yang mendamaikan ''

''Sungguh menipu mengatakan diri ini tidak berkeinginan menetap di kedua kota itu , berbicara arab dengan fasih , bertalaqi bersama orang arab , dan saat berbuka yang mengenyangkan perut ( disebabkan sifat orang arab yang pemurah walaupun makanan yang mereka ada hanyalah beberapa biji tamar mereka ingin juga memberi ) ''

''Sungguh diri ini merindui melihat umat ISLAM sama ada tua atau muda menghafal seluruh Al-Quran dan menangis tatkala ayat2 Allah dibaca ''

Mekah dan Madinah.Kota yang menjaga kesucian para muslimah.Kita tak kan nampak ada muslimah yang berkerja di kedai2.Yang bekerja semuanya Rijal sahaja.Kota yang memberi ketenangan,kedamaian dan kota yang membuat diri ini tekad untuk berubah.InsyaAllah.

Wallahualam.

~Diri ini rindukan sangat2 tempat2 itu.Jiwa masih tidak dapat menerima kenyataan yang diri ini sudah berpijak bumi Malaysia.Air mata mengalir rindukan bumi perjuangan Rasulullah s.a.w~


                          

No comments:

Post a Comment