وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 25 June 2011

~Sweetnyee~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni nak share satu kisah semoga sama2 kita hayati.

Waktu dalam perjalanan nak pergi ke masjidil haram.Bas kami lalu di perkuburan ma'la.Tau tak perkuburan sape tu ? Itulah perkuburan di mana wanita yang paling mulia iaitu Saidatina Khadijah ditanam dan di situ juga terletaknya kubur Fatimah Az Zahra.Siapa mereka berdua tu ? Mereka itulah orang2 yang sangat dekat dengan Nabi kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w.Sadatina Khadijah isteri Rasulullah s.a.w manakala Fatimah pula anak Rasulullah s.a.w.Beruntungnya mereka menjadi orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w

Dikisahkan waktu lalu ditepi perkuburan itu,maka mutawif kami telah buka satu kisah yang membuat saya tersenyum gembira.''Indahnya kisah mereka ''.Walaupun kisah ini pendek tapi sama2 lah kita hayati.Mutawif itu bercerita bagaimana Saidatina Khadijah melamar Rasulullah s.a.w :

'Macam yang kita tahu , Rasulullah s.a.w merupakan pekerja Saidatina Khadijah r.a.Hasil kerja Rasullulah sering membawa keuntungan yang berganda.Akhlak Rasulullah yang lemah lembut membuat Saidatina Khadija r.a jatuh cinta dengan Rasulullah.Tetapi disebabkan Saidatina Khadijah seorang perempuan maka dia malu untuk berkata kepada Rasulullah bahawa dia ada hati kepada Rasulullah.'

Haaa..Nak tau tak macam mana Rasulullah s.a.w tau Saidatina Khadijah r.a ada hati kat Nabi ??Kisahnya begini..Sabar..Sabar..

Satu hari Rasulullah memberitahu pakciknya bahawa Khadijah r.a sudah lama tidak memberinya gaji.Maka pakciknya bertemu Khadijah

''Wahai Khadijah , kenapa engkau tidak memberi gaji kepada Muhammad ? ''

''Oh gaji..Suruh sahaja Muhammad bertemu denganku untuk mengambil gajinya ''

Maka Rasulullah s.a.w pun bertemu dengan Khadijah r.a

''Wahai Khadijah, aku ingin mengambil gaji ku yang belum kau berikan ''

''Oh! Kau mahu mengambil gaji.Kenapa tidak ambil orangnya saja ?''

Lalu terdiam Rasulullah s.a.w apabila Khadijah r.a bercakap demikian.Maka hari selanjutnya apabila Rasulullah s.a.w menerima lamaran Khadijah r.a mereka pun berkahwin.

Hehe.Suka dengar kisah mereka.Sungguh sungguh sweet cara mereka.Lagi satu kisah nak kongsi

Ali r.a dan Fatimah Az Zahra sudah pun berkahwin.Perkahwinan mereka ni bukan calang2 perkahwinan sebab perkahwinan mereka ni Allah yang minta.Sebab apa ? Ramai yang melamar Fatimah Az Zahra melalui Rasulullah s.a.w.Tapi Rasulullah s.a.w senyap je.Sehinggalah apabila Ali r.a melamaar terus Rasulullah s.a.w terima.Walaupun mas kahwin mereka bukanlah mas kahwin yang mahal tetapi indahnya hasil perkahwinan mereka.

Dikisahkan satu hari Fatimah r.a berkata kepada Ali r.a

''Wahai kekanda, dahulu sebelum aku bernikah denganmu aku sering merindukan seorang lelaki ''

Muka Ali r.a terus berubah.Sambung Fatimah r.a

''Dan kini lelaki yang sering ku rindukan ada dihadapan aku (bersama aku ) ''

Kesimpulannya:

Apa yang boleh kita dapat daripada kedua2 kisah ini.Walaupun Fatimah Az Zahra merindui Ali r.a namun dirinya tetap bersabar dan yakin dengan Allah bahwa Dia mengetahui apa yang ada dalam hatinya.Fatimah r.a tetap kuat menjaga ikhtilah antara lelaki dan permpuan.Kalau kita lihat masyarakat hari ni andai kita suka atau minat kepada seorang lelaki kebanyakan kita tekad nak no telefon lelaki itu.Tak pun kita mseti nak bekenalan dengan lelaki itu sehinggalah membawa kepada istilah sekarang iaitu ''couple''.Tapi kalau kita lihat kisah di atas adakah mereka membuat apa yang kita buat ?? Jawapan hanya ada pada diri masing2.Kenapa tidak kita hanya berserah kepada Allah.Doa kepadaNya.Kenapa perlu kita call,sms, ym lelaki yang kita suka sehingga menyebabkan kita lalai kepada Allah dan membuat zina hati.Sedangkan dalam Al-Quran Allah kata

''Dan janganlah kamu mendekati zina ''

Allah juga ada kata dan Allah dah pun berjanji 

''Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat.Dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik '' -Surah Annur-

Apa yang kita ragukan lagi ? Kita takut kalau kita tak '' couple'' orang pandang serong dekat kita ? Kita takut tak ada orang yang nak dekat kita ? Kenapa tidak kita siapakan diri kita menjadi muslimah solehah , pemuda soleh untuk mendapat yang sesuai dengan kita ? Kenapa kita perlu lalai hanya sebab seorang perempuan dan lelaki yang belum tentu kita akan nikah dengan dia.Kenapa kita perlu bazirkan kredit kita untuk sms dan call.Kenapa tidak kita masa yang kita ada kita mencari cinta Allah ?

Semoga sama2 kita dapat ambil pengajaran mana yang baik.Kisah di atas saya nasihatkan untuk diri saya khasnya dan anda semua.Semoga kita sentiasa menjadi manusia yang Allah redha di atas muka bumiNya.Andaikan jodoh kita bukan di bumi yakinlah akhirat itu kekal abadi.Dan di sana masih ada bidadari dan bidadara menunggu kita.Jadilah orang yang bijak iaitu yang sentiasa mengigati ingat mati supaya diri kita tidak lalai untuk mencari cinta Allah yang sungguh mendamaikan.Wallahualam.

2 comments:

  1. Weh , comel gileeeeeeeeeeeeeeee ^^
    Aku tersengih memanjang membaca kisah mereka :)

    ReplyDelete
  2. hehe..aku y dga dpd mutawif aku pon snyum mmnjg..sweet sgt2

    ReplyDelete