وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Thursday 20 September 2012

Untuk kita bersama ''muslimah''..

Bismillah..
Mungkin ini sekadar perkongsian,muhasabah dan sebagainya..
''Niqob'' bukan dipakai untukdibuat main ye :]
jadi,pada sesiapa yang nak masukkan diri ke alam niqob ini..saya cadangkan supaya banyakkan solat istikharah minta pentunjuk Allah agar dikuatkan iman..

sekadar teguran untuk diri yang daif dan anda sayangku..

'Niqob'..Bukan untuk dipakai sebab untuk nampak..

''Waaa awak sangat cun''

Tapi untuk kita lebih banyak muhasabah..Kita sedang menggunaka pakaian para isteri Rasulullah s.a.w
Jadi..nasihat diri ini..Bukanlah dengan kita berniqob kita akan meng'upload' lebih banyak gambar2 yang comey dengan mata yang gelap dengan celak mengharapkan 'comment' dari orang itu dan ini..

Andai itu nait di hati..Baliklah menuju Illahi..
Hadirkan keikhlasan agar mungkin kita boleh menjadi asbab orang lain menyukai islam..Kan indah tu :]

Pakai niqob biar atas dasar niat yang benar kerana Allah Taala,kita berusaha bersama sama untuk berubah..
jangan jadikan pakaian niqob asbab untuk kita lebih banyak bercakap dengan ajnabi contohnya kaum lelaki,muamalat ,pergaulan kita abaikan kerana apa?Kerana kita telah merasa dengan pakaian niqob ini kita sudah betul! sama sama muhasabah balik..

Nasihat dan perkongsian ini bukan sahaja untuk niqobis ianya umum..untuk yang bertudung biang 45,55,60 semua kita sama.selama mana masih memegang title ''muslimah'' ''perempuan'' perlulah kita tau,bahawasanya kita adalah perhiasan dunia..jangan jadikan perhiasan itu kotor seperti sampah yang busuk..

Jadilah seperti Fatimahtu Zahra,di mana dia seorang muslimah yang sangat menjaga diri dan aurat sehingga saat kematiannya,diucapkan kepada suaminya tersayang  Saidina Ali r.a supaya nanti tanamkan jenazahnya pada waktu malam agar tiada siapa yang dapat melihat dirinya.Begitu hebat anak kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w.

Diberitakan saat di syurga nanti,ketika masuknya Fatimah azzahra ke dalam syurga,kesemua mata mata akan tunduk tanpa melihat padanya.Begitu Allah muliakan dirinya kerana saat hidupnya dahulu sudah menjaga diri daripada segala macam fitnah.

Kita juga mampu menjadi seperti itu :}Apa tunggu lagi sama2 muhasabah diri apakah sudah cukup pahala yang dilakukan sehingga tidak segan2 membiarkan wajah kita ditatap mata2 yang tidak sepatutnya melihat diri kita?
Semoga Allah memberi rahmat kasihNya agar kita menjadi golongan yang bakal duduk dalam syurgaNya.Allahummamin


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment