وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Friday 28 September 2012

Mungkinkah?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Malam selepas dah tamatnya semua,mungkin minggu ni Allah nak tegur,nak terbiyyah diri..Sebab tu hati mudah tersentuh..uhukk

TerKLIK satu link..Mata semakin tajam dan otak semakin menangkap..Dalam hati..''Astagfirullah''..
Nak menangis rasa..Mungkinkah ini?Sungguh minta dijauhkan..
Bagi yang merasa berdebar debar apekebende nye?
Jom....Baca..


Banyak yang dilalui hari ini.Bertemu dengan adik-adik dan berkongsi dengan mereka seringkali menambahkan sesuatu pada diriku.
Kefahaman, rasa, dan tindakan-tindakan yang baru.
Dan seharusnya di waktu ini aku mengejar dateline untuk menyiapkan 3 artikel untuk JOM! kalau tidak esok mesti editor setiaku akan menyeringai aku dan meminta-minta mana artikel yang selalunya siap 12 jam sebelum dihantar layout ke server percetakan kami.
Namun, penulisan ini ada masa ‘ruh’nya. Mungkin ini adalah alasanku semata-mata, namun, bagi mana2 penulis pun, jemari dan hati akan mudah menulis apabila rasa itu ada. Dan rasa itu menggerakkan dirinya untuk berjaga menitipkan rasa yang dia ada di jiwa.
Begitulah aku mahu berkongsi dengan kamu selalunya, seperti mana aku berkongsi semenjak 5-6 tahun yang lampau melalui blog ini.

Semakin aku meniti hidup yang penuh-penuh bait ujian ini, semakin itu jugalah aku melihat kisah-kisah yang dinukilkan dalam novel yang kubaca dan movie yang aku tengok dipaparkan di pentas kehidupan yang sebenar.
Konflik keluarga yang benar-benar terjadi dalam masyarakat. Suami kene sihir, kahwin dengan isteri baru yang merupakan pekerjanya, meninggalkan isteri lama dan anak-anaknya tanpa nafkah, pergaduhan harta, anak-anak tinggalkan mak ayah terlantar di hospital. Anak ada 13 orang, seorang pun tak nak jaga ayahnya yang terkena strok, seorang isteri lebih percayakan bomoh daripada doktor, kisah cinta yang songsang, dan banyak lagi.
DAn dahulu saya mengetahuinya lewat kisah novel dan movie yang saya baca dan tengok, tak sangka ianya betul-betul berlaku depan mata saya.
Cuma, kisah novel dan movie, selalunya berakhir dengan happy ending , bahagia ataupun sesuatu yang akhirnya ada pengajaran.
Namun, kisah kehidupan kita, selalunya tidak begitu. Ataupun bahagia menjemputnya, kita tak tahu bila.
Begitulah hidup ini penuh putaran ujian.
Sehinggalah sampai bila-bila.
Harapan kita cuma satu; selepas kepayahan, pasti ada kesenangan.
Selepas kesusahan, pasti ada kemudahan.
Hanya kita perlu beriman dengan perkara itu.
Being a girl/lady/woman, saya memahami apa yang kamu rasai adikku.
Ujian kita paling besar adalah satu : EMOSI.
Dan ramai antara kita terkandas kerana mengikutkan emosi.
Dan emosilah menjadikan diri kita wanita dan perempuan.
Dan emosi inilah sesuatu yang sukar di fahami oleh seorang lelaki.
Kerana emosi jugalah hidup kita amat penuh dengan kasih sayang.
Terkadang membahagiakan.
Kadang kala juga menjadikan kita carried away, dan tanpa kita sedar, kita telah masuk ke lembah yang kita tak sangkakan pun.
Walaupun kita bergelar akhawat. Walaupun kita mengikuti tarbiyah.
Sehinggalah seorang ukhti menasihatkan saya dengan nasihat penuh berharga, dan moga ukhti itu dikurniakan Allah kebaikan amat banyak dalam hidup dia:
‘ Allah akan uji kita , sehinggalah apa sahaja keputusan dan tindakan kita, kita buat hanya kerana Dia memandu diri kita. Bukan disebabkan oleh emosi kita semata-mata.”
Being a woman, berapa banyak kali kita buat keputusan berdasarkan emosi kita ?
MOST OF THE TIME!
Even makan apa, keluar beli barang apa, keluar dengan siapa, kawan dengan siapa, nak join usrah mana, nak kerja kat mana..
yang memandu kita adalah emosi kita.
Bukanlah keikhlasan dan kehendak yang Allah mahukan buat kita. ( astaghfirullah!)
Sehinggalah kita terjatuh cinta dengan seseorang, samada lelaki ataupun perempuan, kita carried away dengan sesuatu kekuatan yang akhirnya menjadi kelemahan kita sekaligus–> itulah dia emosi.
DAn setiap orang pasti diuji dengan dirinya. Diuji dengan emosinya.
Pemarah, pendendam, dengki, cemburu, ataupun…
terlalu cinta pada manusia..
Sehingga mata hatinya kelabu dalam menilai..
mana satu yang betul..
mana satu yang tidak..
sehinggakan hati menutup perbezaan antara sebuah ukhuwah, dan kecintaan kerana mendapat sebuah perhatian.
Syaitan takkan uji kita untuk melihat mereka yang bukan sejantina dengan kita, kerana dia tahu, orang dakwah faham haramnya melihat lelaki/wanita bukan muhrim dengan nafsu. Begitu juga dia sangat tahu kita begitu terhad dalam pergaulan dengan rakan bukan sejantina sehinggakan masa kita lebih banyak diluangkan dengan yang sejantina.
Sehinggalah…..
kita tidak menyedari, kita telah jatuh cinta pada sahabat kita…..
Dan benar, bagi setengah manusia, ini hal mudah dan sepele.
Eleh, takkanlah kot! Hello! Sama-sama perempuan/lelaki kots!
Eh, takkanlah akhawat/ikhwah camtuh! uiks!
Mustahillah. Derang tu kawan baik kot. Takkanlah mereka buat benda pelik2. Ish. takdelah!
Begitulah baiknya manusia di jalan dakwah ini berhusnu zhon dengan kita. Manusia begini takkan memahami, kerena mereka tak melalui ujian seperti ini. Kelemahan mereka bukan pada emosi dan terlalu menyintai ini. Maka pada mereka ini hal mudah dan tak sepatutnya menjadi masalah. Yang haram jelas haram, dan patut tak dibuat orang! Apatah lagi ikhwah atau akhawat!
Tapi….
setiap orang, ujian dia berbeza. Orang yang diuji begini sahajalah amat perit melalui masa-masa dan waktu-waktu yang lama menahan perasaan pada orang yang dicintainya.
Ada orang menyedarinya, lalu bertaubat dan mula meluruskan niat persahabatan kerana Allah.
Ada orang, tidak mampu ‘melihat’ dan jika dia nampak pun, dia tak mampu mengawal emosinya. Akhirnya dia pasrah dan menurut kata hatinya. WAlaupun begitu ramai cuba membantu memberikan solusinya, akhirnya dia tak mampu menahan perasaannya itu.
Begitulah.
Ada orang diuji dengan lelaki ( jika dia perempuan).
ada orang diuji dengan perempuan ( jika dia turut perempuan).
Begitu juga, ada orang akan diuji dari sudut berbeza, harta, pangkat, suka cakap, suka keji, suka tunjuk bagus, ego, dan macam2 lagi.semuanya equal sahaja, cuma kesalahan itu samada menjatuhkan maruah dia ataupun tidak.
And our struggle is a long life battle.
Iaitu menyedari kelemahan dan kekurangan yang kita ada, bertindak, dan memohon Allah membantu mengatasi kelemahan kita.
DAn hakikatnya, kita, sangat sukar mengawal emosi kita, tanpa bantuan dari Dia.
Kerana ada antara kita tak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah, akhirnya datanglah seorang abang, akak ataupun sahabat dalam dakwah yang memberikan kita kasih sayang seperti ibu dan ayah.
Maka kita akan cenderung ke arahnya, menyintainya.
Terkadang melebihi menyintai seorang kekasih . ( faham ke tak ye apa saya cuba tulis ini?)
Dari satu sudut, kita simpati, kerana kita memahami.
Dari satu sudut lain, ianya melanggar fitrah dan songsang.
Ada orang kata, berkahwin mungkin penyelesaian terbaik.
Namun, ada banyak kes juga, lelaki yang gay, apabila berkahwin, masih lagi melakukan hubungan dengan teman lelaki lamanya. Begitu jugalah dengan wanita. ( ini orang cerita kat saya, tapi saya tak pernah tengok dengan mata saya sendiri)
Maka, kahwin bukanlah solusinya.
solusinya adalah pada…
HATI kita.. jika bermasalah dalam mengawal emosi kita.
Dan emosi ini perlu ditrain, seperti mana kita train otak kita untuk study, dan train diri kita untuk kontrol makan time bulan puasa.
dan mengendalikan emosi ini amatlah sukar bagi mereka yang tak kuat hatinya. Seperti mana sukarnya mengawal hawa nafsu.
Syaitan, takkan uji kita, benda yang mudah untuk kita handle.
Dia akan uji kita , di titik kelemahan kita.
Seperti mana kita dilihat orang kuat ibadahnya, mantap amalnya, hebatnya di pentas daurah, tapi, Allah tahu apa yang kita rasa di hati kita, dan Allah tahu apa yang kita buat di belakang manusia lain.
Dan disinilah, kita perlu bertaubat sesungguhnya.
And I know it is very hard. Because, feeling in love is something so precious. Cinta yang kita tak temui sebelum kita kenal jalan dakwah ini. Namun, Allah sentiasa uji kita. Samada kita benar-benar menyintai dia, hanya kerana Allah, atau kita menyintai dia, sebab dia, sebab dia suka layan kita cakap, dan beri perhatian pada kita.
Dahulu, saya pernah mengalami kelemahan yang sama. Namun Allah datangkan ramainya akhawat untuk sentiasa menyedarkan saya pada detik pertama lagi  dan selalu mengingatkan satu perkara amat penting –> cintailah saudara kita hanya kerana Allah, hanya kerana dia bawa kita dekat dengan Allah. Bukan sebab kita jatuh cinta pada dia.
And always, Allah ajar benda paling precious dalam hidup kita bilamana kita terlalu menyintai manusia ini, iaitu, untuk kembali cinta kepada Dia.
I know, this is easy said than done.  But, it is worth a try to break the vicious cycle, that u cannot help urselves to get out from it.
Salam..
::Paste dar entry seorang ukhit::

''Allah..Tersentap bila baca..Terus terdiam dan renung dalam dalam..huhu..Ujian seorang pencipta kepada hamba..Memang berbeza..Makin ditarbiyyah manusia tu,makin diuji dengan kuat.Pada kita untuk mengawal,memahami dan bersabar dengan semua''

Wallahualam

No comments:

Post a Comment