وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Tuesday 14 August 2012

Maafkan aku sahabat..

Bismillah..

Bacalaha dengan mata hati mungkin ia mampu menyedarkan dirimu..


Saya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.
Ukhuwwah kami semakin bertaut rapat, serapat adik beradik kandung. Tidak ada harta yang kami berkira. Kami juga saling sayang menyayangi, mungkin bak Abu Bakar menyayangi Muhammad S.A.W.
Andai saya tahu hasrat  yang sahabat saya inginkan sesuatu, saya akan menghadiahkan barang kesukaannya itu. Harga dan nilai tidak pernah menjadi pertimbangan saya. Pada saya, kegembiraan sahabat saya adalah kebahagiaan saya. Usahkan permintaan untuk ditunaikan, hasrat dihati beliau pun akan saya selami untuk disempurnakan.
Itulah juga yang sahabat saya lakukan. Pantang didengari yang saya inginkan sesuatu, pasti sahaja dia akan menunaikan hasrat tersebut. Makan minum dan sakit demam saya sentiasa diambil berat. Pernah apabila saya demam, beliau menemani saya sepanjang malam.
Andai kami terpisah selang beberapa waktu, pasti rindu akan membelit jiwa dan raga. Jangankan sehari atau seminggu, sejam sahaja sudah tidak mampu melelapkan mata.
Pada saya, kesakitan beliau adalah kesakitan saya. Bak mafhum hadis nabi, cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Yang sakitnya kepala, yang merungutnya mulut, yang mengusapnya tangan dsn yang tidak lenanya adalah mata. Begitulah kami diibaratkan.
Justeru itu, saya tidak rela untuk menyakiti jasad meski hatinya. Andai ada orang lain yang mengutuk sahabat saya, maka tanpa berlengah, saya akan membela. Saya tidak pernah mengumpatnya, apatah lagi mengeji dan mengejeknya. Jauh sekali untuk memfitnah atau menjadi batu api. Apa yang saya lakukan hanyalah yang terbaik, demi seorang sahabat yang amat saya sayangi.
Pada suatu hari, saya terlanjur menyakiti hatinya. Cepat saya menyedari kesilapan itu. Hati saya gusar dan resah ditambah sedih dan pilu. Seharian saya tidak selera untuk makan dan sering mengalirkan air mata. Saya mesti meminta maaf darinya.
Setelah berjumpa, saya lantas meminta maaf bersungguh-sungguh. Air mata saya mengalir. Tangannya saya genggam erat. Namun, anak mata saya malu untuk betentang dengan matanya. Saya malu kerana saya bersalah dan berdosa. Saya berjanji untuk tidak akan mengulanginya.
Pada saya, pasti bukan mudah untu kesalahan itu dimaafkan. Tapi, sungguh tidak disangka-sangka, beliau memaafkan saya. Sekali lagi saya mengalirkan air mata. Betapa mulianya dirimu wahai sahabatku.
Setelah itu, kasih sayang saya padanya menjadi lebih dalam dan semakin mendalam. Saya lebih behati-hati dalam tutur dan tingkah laku. Bahagianya saya mempunyai sahabat sebegitu. Sahabat yang penyayang, pemurah, peramah, penghibur, peneman yang setia, pemaaf, malah segalanya. Dialah sahabat saya untuk saat duka mahupun duka.
Suatu sore saya termenung. Memandang ufuk yang kian menjingga. Andai itu nilai saya pada sahabat, bagaimana pula kepada DIA?
DIA mengasihi saya sejak saya masih belum bernyawa, malah terus mengasihi sehingga nyawa saya dicabut semula. Malah beterusan sehingga dimasuk dan dicabut untuk kali kedua. DIA Al-Rahman, Al-Rahim.
DIA yang ternyata lebih dekat kepada saya berbanding urat tengkuk saya. Sentiasa bersama saya samada ketika saya tidur mahupun jaga.
DIA juga yang menyembuhkan saya ketika saya sakit. Memberi saya makan sewaktu saya lapar. Memberi saya minum ketika saya dahaga.
DIA yang tidak penah lekang perhatiannya kepada saya, malah mengirimkan pula malaikatnya untuk menjaga saya setiap masa.
DIA yang telah menunaikan segala permintaan saya dan sentiasa rindu untuk mendengar rintihan dan cerita saya, terutama di sepertiga malam.
DIA yang telah memberikan saya makan, minum, pakai, sihat dan rezeki. DIAlah juga yang mengurniakan sahabat sebaik itu kepada saya. DIA tidak pernah meminta saya membalas segala pemberianNya yang tidak ternilai harganya. Sebiji mata saya tidak akan terbayar dengan emas seisi dunia.
Dan saya, tidak pernah merinduiNya. Tidak pula pernah mengasihiNya. Waktu temujanji kami lima kali setiap hari selalu saya mungkiri. Kami hanya bertemu pada hujung waktu. Tapi, DIA tetap mengasihi saya.
Saya selalu melakukan kesilapan dan dosa terhadap DIA. Malah, jarang pula sedara akan kesilapan saya dan kalau tersedara, jarang pula untu saya meminta maaf dan ampun. Kalaupun ada saya meminta ampun dan maaf, air mata saya tidak mengalir.
Ya Allah, sesungguhnya aku amat berdosa padaMU. Namun kesudianMu untuk mengampuniku tidak pernah padam. Aku ingin kembali kepadaMu dengan hati suci, sepersia hati Ibrahim.
Entah kenapa hati meminta untuk tekan link ini..Mungkin kerana jawapan yang dicari ada disini..Panahan yang terkena masuk ke hati..Allahu Rabbi.Maluu aku padaMu..:(
Tiada apa yang aku harap melainkan cinta dan redha dariMu..Allahummamin

Wallahulam.
Nota Comel:Jangan hilangkan roh ramadhan yang bakal habis:(..Berusahalah membersihkan hati yang kotor.Moga kita akan menjadi tetamu Allah di syurga kelak.Allahummamin..

No comments:

Post a Comment