وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 4 August 2012

Hargailah sebelum ia pergi ^^

Bismillah..

Bacalah dengan penuh hayati.Bacalah dengan mata hati kelak kau akan dapat memahami^^..Selamat menghayati!!

'UKHUWAH,terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis jika dihiasi dengan kasih sayang,kejujuran dan keikhlasan.UKHUWAH,tidak semua manusia menghargai ukhuwah tersebut,terkadang kerana sebuah UKHUWAH hati rindu dan airmata mengalir kerana UKHUWAH..UKHUWAH..terlalu bererti buatku Ya Allah..Berkati dan Redhailah UKHUWAH kami Ya Robb'

Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah.”
 ( HR tirmizi)

Kalau dulu aku ingat' sahabat' tu hanya seorang..Bukan ramai tapi sebenarnya..
Kata kakak usrah aku ..

''Jangan kita hadkan sahabat ni seorang je.Sebab bila kita dah hadkan sahabat ni seorang je kita akan mudah 'jelous' bila orang lain rapat dengan dia,kita akan rasa sakit bila dia 'buzy' sampai tak hantar khabar pada kita'

Kalau dulu aku fikir 'sahabat' tu MESTI,WAJIB ada dengan kita..Lagi2 bila kita susah.Yela kita nak 'sharing2' masalah kita saat tu..Tapi rupanya kata seorang sister padaku..

''Seorang sahabat memang akan sentiasa bersama kita susah dan senang.Tapi tak da sapa yang boleh tandingi Allah.Yang selalu bersama kita TAK PERNAH tinggalkan kita..Kadang2 mustahil untuk sahabat WAJIB ada dengan kita saat tu.Tapi yakinlah doa dia tak pernah putus untuk kita''

Kalau dulu aku ingat bila 'bersahabat' ni akan selalu sweet,saling kasih sayang,tak da gaduh2,sakit hati..Tapi rupanya..kata seorang kakak padaku..

''Hidup kita akan selalu turun dan naik..Kalau selalu 'sweet' je nanti tak adalah kenangan atau memory lain..Dan life akan jadi 'boring',asyik nak 'sweet' 24 jam..'Sour' nye tak ade ^^''

Kalau dulu akan fikir 'sahabat' ni orangnya mestilah sama umur dengan kita..Yang satu kepala dengan kita dalam semua perkara.Tapi rupanya..

''Aku silap! Sebenarnya sahabat tu tak ada had umur..Dan memang sahabat itu yang satu jiwa dengan kita cuma tak dalam semua perkara lah^^''

Aku punyai seorang sahabat..Umurnya jauh dengan aku..Dia ibarat kakak aku la juga^^.Allah hadiahkan dia pada aku untuk bersahabat dengan dia dalam 3 tahun termasuk tahun ni^^.Tapi bila aku fikir,muhasabah sebenarnya pada aku selama 3 tahun tu,hanya beberapa bulan saja yang aku benar2 sahabat dengan dia kerana Allah.Dulu mula2 kenal dia aku rapat dengan dia sebab suka2.Tapi satu saat tu bila Allah nak tnjuk dialah sebenarnya sahabat yang aku selalu minta pada Allah..*Allah makbulkan doa aku..*Saat itu hati mampu mengucap syukur..Alhamdulilah.
Hadirnya dia di sisi aku membuat diri aku berfikir panjang tentang diri dan ahkirnya hati yang dulu lalai akan berbalik pada Allah..

Dulu aku tak pernah faham apa tu sahabat kerana Allah?Ukhuwah Fillah?
Terkadang aku takot nak ucap ayat2 tu,kerena aku rasa 'hipokrit' sangat untuk guna ayat tu padahal dalam diri aku 360 darjah lain..Ukhuwah fillah tu bila mana kau bersahabat dengan dia pengakhirannya kau akan duduk sujud pada Allah mengenangkan dosa2 kau..

Tapi teman..Kalau kau tahu ukhuwah fillah tu apa..Kau akan menangis keranaya.Kerana kau tahu dia hadiah Allah..Kau akan terasa sangat indah saat bersama dia..Bak kata kakak aku ni

''Mereka bersahabat kalah orang tengah 'dating'' bila makan,cakap mata tu saling pandang memandang..Sayang pada sahabat kalah orang 'bercinta''

Itulah sahabat..Bagaimana yang ditunjukkan sahabat Rasulullah s.a.w pada kita.Bagaimana meraka sangat mencintai Rasulullah s.a.w lebih daripada diri mereka sendiri,lebih daripada ahli keluarga sendiri.Saat mendenganr khabar tipu dari musyrikin pada perang uhud mengatakan Rasulullah s.a.w telah wafat,menjadi lemah hati orang2 mukimin kerana kekasih mereka sudah tiada.

Begitulah sahabat.Bila kita benar2 bersahabat kerana Allah,hati kita akan sangat dekat dengan sahabat kita.Kadang2 bila tengok muka dia dapat tau ada benda yang tak kena.Bila dengar dia 'down' dan sakit hati..akan cari insan2 yang dah buat dia jadi macam tu tanpa dia tahu.Bila dia gembira kita akan terasa kebahagiaan itu..Itulah sahabat.Tidak mengharapa apa2 melainkan UKHUWAH kerana redhaNYa..

Kata kakak usrahku..

''Sahabat ni bila tengok muka dia akan rasa bahagia dan gembira sangat,Bila dah lama tak berjumpa akan terasa rinduu sangat sampai terkadang airmata mengalir kerana rinduu,dan saat Allah izinkan untuk berjumpa kegembiraan itu hanya Allah yang tahu..Bila tengok dia makan je dah rasa kenyang^^ 

dan sambung seorang sister..

''Bila jumpa nak cerita banyak sangat tapi tak nak cerita sebab nak dengar suara dia je''

Lihatlah betapa indahnya ukhuwah itu..Mungkin anda akan rasa

'Perghh bercinta ke?'

Anda salah!Tapi meraka sebanarnya sedang sama2 mencari redhaNya..Sama2 perbaiki diri kearah kebaikan dan meraka sama2 ingin menjadi antara orang yang dinaungi Allah saat di padang mahsyar nanti.Tiada apa dapat pisahkan mereka walau kematian.Kerana hati merka sudah sama2 berjanji untuk menjadi sabahat sampai syurga kerana Allah..


 Suatu hari..diceritakan seorang lelaki dtg kpd Rasulullah s.a.w. dan b'kata "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menyayangi lelaki itu" dan ketika itu ditunjukkan ke arah seorg lelaki yg sedang b'jalan..Rasulullah t'senyum dan b'kata, "Ucapkanlah kepadanya dan engkau akan m'dapati jawapan darinya"
  Lalu laki itu b'kata kpd lelaki yg ditunjukkan td.."Sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah"...lalu t'senyum lelaki itu dan diucapkan kembali, "Semoga Allah menyayangimu seperti mana kamu menyayangi saya" (^_^)


Teman..Hargailah hadiah Allah ini.Bukan mudah untuk kau cari sahabat yang sentiasa menyayangimu dan susah bersamamu.Yang tempias rasa kesakitan apabila diri kau sakit.Yang risau bila kau sakit dan yang ikhlas menerima diri kau yang penuh kekurangan..

Untuk sahabat saya hadiah dari Allah..
Sahabat yang pertama Allah hadirkan..
'SITI KHAULAH BT SOKHIBUL FADHIL'
Terima kasih untuk semuanya^^
Maaf atas kekurangan diri..

Dan untuk anda semua terima kasih atas doa2 yang pernah anda kirimkan untuk saya..Moga saat itu kita berjumpa di sana^^..Fahamilah 'SAHABAT' dan 'KAWAN' adalah berbeza^^

''Hadirkanlah kasih sayang dan memhami kelak kau akan peroleh itu semua..Hadirkan KEIKHLASAN dan buanglah KEEGOAAN kelak kau akan rasa betapa manis dan indah nikmat yang Allah berikan''^^

Wallahulam.

Nota Comel : Maaf entry yang panjang.Penggunaan 'aku' untuk memberi 'feel' bila tulis dan baca c(:

No comments:

Post a Comment