وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 7 July 2012

Kita Sama..:]

Bismillah..

Hati akan senyum dan rasa tenang sangat bila situasi2 ini berlaku.

Situasi 1 : Cameron Highland

Bila habis makan kat satu kedai ni,nak masuk kereta,tiba2 nampak family arab ni..
Purdah habis..dan mereka dan saya..sama2 tunduk hormat..
Macam dah lama kenal..
Saat itu rasa macam..''Waaa happy nye''..

Situasi 2 : Petronas

Bila habis isi minyak,tunggu dalam kereta sementara tunggu umi masuk kereta..
Dan tiba2 nampak seorang perempuan daripada pakistan atau negara2 yang sewaktu dengannya..
Mungkin!Sebab dia pakai purdah juga nampak mata sahaja dan kulit dia agak gelap..
Dan benda yang sama..dia lambai saya yang kat dalam kereta..
Macam dah lama kenal dengan mata happy dia..:]

Situasi 3 : Dalam tren dan majlis Habib Ali

Tiba2 masuk seorang sister berpurdah tutup mata..
Dan benda yang sama,sama2 tunduk hormat..
Macam dah lama kenal..

Kesimpulan:

Bukan nak kata apa..cuma rasa bahagia tu ada..Sebab diri ini suka duduk dengan masyarakat lain..Dan saat mereka meyapa tu rasa macam..''senyum je''..Teringat dekat mekah.Bila saat nak solat je..Diri ini akan pergi jauh daripada family dan duduk dengan orang2 arab..Suka 'style' mereka yang ramah tu..Dan semua situasi di atas ni..Tiap kali berlaku membuat hati rasa kuat dan rasa macam ada yang meyokong untuk terus istiqomah berpurdah..Dan apa yang membuat rasa bahagianya..Sebab mata mereka akan memandang dan lambai kat diri ni saja..Huhu..
Sister..Kita sama!



Moga Allah akan tetapkan hati untuk terus istiqomah dengan sunnah isteri Rasulullah s.a.w ini.
Allahummamin..

Nota Comel : Membuat diri rasa..''ahh cepatla nak duduk Jordan"..InsyaAllah..:}

No comments:

Post a Comment