وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Friday, 8 June 2012

Bila Allah tegur..

Bismillah..

Duhai insan yang sedang dekatkan diri denganNya..


Bukanlah bererti yang berpurdah itu sempurna semuanya..
Bukanlah yang bererti yang berpurdah itu baik dan alim..


TIDAK! Sekali kali jangan kau fikir begitu..
Kerana dirimu akan terjerat dengan perasaan yang sentiasa menghantui..
Syaitan juga akan kian bergembira mencucuk jarum 'Dengki'


Duhai insan yang sedang dekatkan diri denganNya..


Belajarlah memahami kerana kelak kau akan difahami...
Belajarlah menyanyangi kerana kelak kau juga akan disayangi..
Allah tidak kejam untuk menyeksa dirimu sebegitu rupa..


Pandanglah mereka dengan mata hati penuh kasih sayang..
Hilangkan sifat pentingkan diri,dengki dan dendam dalam dirimu..
Belajarlah mengamalkan sunnah kekasihmu dalam diri..
Kau akan ketahui kebaikannya..


Dan KUATLAH untuk itu semua..
Jangan mudah menghukum manusia mengikut sangkannmu..
Kau bukanlah ulama mahupun orang yang dijamin syurga untuk senang2 menghukum manusia..
Bersihkanlah hatimu yang kotor itu..

Wallahulam..

Nota Comel:Bila Allah menegur diri..Maafkan diri ini sahabat atas yang aku lakukan padamu..Moga kau bahagia dan mendapat redhaNya..Memahami satu perkara..''Tidak semua orang itu jahat dan don't judge book by its cover''..huhu

No comments:

Post a Comment