Langit..
Indahnya ciptaanMu Ya Allah..
Allah..LangitMu tenang..
Allah..tenangkanlah diriku seperti tenangnya langit ini..
Seminggu yang mengajar diri..
Menjadi HAMBA yang kuat dihadapanNya..
Namun..hari itu aku lemah..Tak mampu menahan kesakitan diri lagi..
Aku gugur lemah dihadapanMu..
Tiada yang mendengar aku..
Melainkan Kau..
Allah..Setiap waktu aku melihat langitMu..
Biru..Tenang..
Mampukah diri ku setenang ciptaanMu ini..
Hati sakit..Air mata tidak dapat ku tahan lagi..
Beri aku kekuatan untuk melalui semua ini..
Senyummm:]:]
Kita dalam satu jiwa..
Walau jauh..
Hati kita tetap kuat..
Kerana DIA telah tetapkan kita untuk
berkenalan..ukhuwah..dan merindui..
Kita ''SAHABAT''
Sahabat yang ditakdirkan Allah..
Andai dirimu melihat langit saat ini..
Senyumlah..
Doakan sahabatmu ini kuat..
Kuat untuk menghadapi semua ini..
Maafkan diri ini sahabat..
Tidak mampu memegang janjimu..
Moga kau sentiasa diberi kekuatan oleh DIA.
Senyum menahan diri merasai kesakitan..
No comments:
Post a Comment