وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Friday 13 April 2012

Hamba bagaimanakah ini?

Bismillah.
Moga Allah redha akan diriku dan semua umat islam.Allahummamin.

Hamba bagaimanakah aku?
Baru diuji dengan sedikit ujian sudah menangis...sudah marah


Hamba bagaimanakah aku ?
Baru ditarik nikmat sedikit sudah berputus asa..


Bukankan Allah telah mengatakan dalam surat cintaNya..

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

(سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)



Hakikat seorang makhluk yang bergelar ''manusia''
Seorang ''HAMBA''
Makhluk yang mudah lemah..
Mudah hilang kawalan emosi tatkala diuji..
Mengapa sampai begitu hai diri ?


Ayat AlQuran kau ulang setiap hari..
Kau katakan kau seorang yang kuat..
Lalu dimana kekuatanmu?
Apa kau simpan ia didalam peti?
Mengapa kau terlalu lemah dengan UJIAN=KASIHNYA hai manusia?


Kau insan yang lupa diri..
Kau leka tatkala diberi nikmat..
Dan kau menyalahkan orang sekeliling dikala diuji..
Mengapa tidak kau lihat dirimu yang hina?


Allah..Berikan ketanangan dan kekutan iman tatkala kami resah..


Dalam sujud kepadaMu aku dapat merasai kekutan yang luar biasa..
Aku rindu untuk sujud diatas sejadah dan bercerita denganMu..
KAU mengetahui akan diri ku...


Allah..Tiada ketenangan melainkan segalanya telah ku luahkan padaMu..
Nikmat Allah yang sangat banyak..Bersyukurlah hai diri..


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment