وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Thursday 11 October 2012

Sungguh saat DiTARBIYYAH~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Allah maha ADIL..DiajarNya kita bagaimana yang ditulis dalam kalamNya ^_^
Setiap sesuatu akan ada balasannya..Nampak atau tidak..Sedar atau tidak itu semua berbalik pada diri..

Sungguh saat waaktu itu berputar..
Setiap hari dihupkan kita diatas bumiNya..
Kerana ingin kita menjadi seorang 'abdi' orang yang bertaubat..
Saat diri di bawa arus kebahgiann,bersama senyuman dan hati yang berbunga bunga..
Ku kira yang dilakukan itu betul dan benar..
Rupanya..
Disebalik kegembiraan itu..Allah telah aku ketepikan..Manusia aku utamakan..
Allah aku cari apabila kesedihan..
Hinanya diri seorang hamba..
Dicipta untuk mendekatkan diri padaNya namun apa yang telah kita lakukan ?

Namun,KASIH SAYANG Allah melebihi segala yang ada di langit mahu di bumi..
Di hadirkan TARBIYYAH Nya pada kita..
Membuat darah darah dalam badan mengalir laju..Otak semakin tajam menangkap erti di sebalik semua..

''Belajar memahami,Belajar hadirkan kasih sayang..Belajar mencari keikhlasan..Belajar menerima kelemahan orang sekeliling''
''Hilangkan segala kekasaran''
''Berusaha menjadi orang yang lemah lembut seperti dia yang dicinta ^_^ ''

Kelak..kau akan menghayati dan memahami kenapa dan kenapa ini terjadi ^_~...
See..Allah itu ADIL..SWEET...

Setiap hari kita lakukan dosa yang sama..Namun tidak pernah Allah memarahi kita..Cuma terkadang DIA merajuk kerana kita sudah lama tidak bersamaNya..Dengan itu Ujian demi ujian  diturunkan yang akhirnya menjadikan diri kuat dan menjadikan diri semakin CINTA padaNya..

Itulah nikmat KEHIDUPAN..

''Saat kita sudah jatuh cinta denganNya..Saat kita dengan perlahan lahan sedar akan perbuatan diri..Allah..KAU segalanya :(''

''Setiap manusia melakukan kesalahan.Bezanya kesalahan itu besar atau kecil..Namun bukan pada kita untuk menilai dan membenci orang itu.Allah hadirkan dia pada kita untuk kita mengambil iktibar dari segalanya..Bukan untuk kita mengutuk membenci dirinya..Jangan salahkan dirinya..Jangan pandang hina dengan dirinya..Itu UJIAN untuknya..Tanggungjawab kita untuk menariknya perlahan lahan kearah yang benar..Kita kan DAIE ^_^ "

Jalanlah diatas bumi dengan TABAH..KUAT dan SABAR..

Tiada MUJAHADAH yang senang melainkan Allah akan membalasnya..Buatlah sesuatu kerana mengharapkan redha Allah ..jangan kerana takut untuk masuk ke neraka..Takut takut keiklasan yang ada di hati hilang begitu sahaja..Dan buatlah sesuatu kerana ingin melihat bagaimana rupanya syurga yang indah ^_^

Betapa kasihnya DIA..Betapa baiknya DIA..membuat aku malu dengan diri yang penuh kekotoran..Dihadirkan lagi insan insan hebat dan baik di sisi..Di hadirkan lagi sahabat yang tabah menasihati diri..Syukran Allah..Sungguh ini adalah nikmat berharga..

~SELAMAT BERMUJAHADAH ^_^~

Wallahualam

::Rindu dengan hanin yang dulu..Allah kuatkan dirinya untuk berjalan menemuiMu::

No comments:

Post a Comment