وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Sunday 5 February 2012

Analogi Ukhuwah~

Bismillah.Assalamualaikum warahmatullah.
First post ni credit to penulis blog Rasya Sofya..
Suka baca dan nak share :)


"The most beautiful discovery that true friends make is that they can grow separately without growing apart."
Analogi ni aku amek dan kongsi dari kenalan aku kat uia, Br. Che Abdul Rahman.  Aku tertarik dengan analogi beliau.  So, meh aku nak cerita...

Beliau kata, ukhuwwah antara sahabat ni boleh dikategorikan kepada 2:

1.  Solid.
2.  Liquid.

Almaklumlahh, beliau amek kos science.  So, analoginya pun ala ala science gitu.  (:

So, kategori 1 iaitu Solid. 

Solid seperti mana yang aku dan anda anda semua sedia maklum adalah pepejal.  Yang mana zarah zarahnya tersusun rapat rapat sehingga tiada ruang untuk zarah tersebut bergerak.  Jika diletak di atas api, zarah tersebut akan bergetar sehingga tiba ke titik pencairan, solid tersebut akan menjadi liquid.

Jadi, analogi yang diberikan oleh beliau di sini, adalah sebatang pen.  Pen adalah solid.  Betul kann?  Okay.  Cuba bayangkan sebatang pen berada di hujuuuuuuuuuung meja.  Maksudnya pen ni dah nak jatuhhh dahhh.  Boleh bayangkann?  Tak pun, cuba korang golekkan pen atau pensel kat atas meja, bila hampir sampai kat hujung meja, pen atau pensel tersebut nak terjatuh.  Kan?

Tapi, apa yang korang lakukan?  What is your action when there is a stimulus (the pen) send nerve impulses from your eyes to your brain and your brain detect that the pen is going to fall, and the brain send nerve impulses back to your receptor which is probably your hand?  *Waahhh, gitu*  ^^V

Mesti korang cepat cepat tahan pen daripada terjatuh kan?  Takkan korang biar jatuh kot?  Kalau pensel tekan, mesti dah rosak kalau jatuh.  Kalau pensel kayu mesti patah.  Kalau pen selalunya dah takleh guna kalau asyik jatuh je.  Kannn.

So, macam tu lah jgak ukhuwwah.  Kalau ada antara kawan kawan kita yang dah hampir jatuh, tak kisahlah jatuh yang betul betul ke, jatuh ke lembah maksiat ke, jatuh cinta ke dan macam macam jatuh lagi.  Mesti ada seorang atau dua orang ata mungkin tiga orang dan lebih yang akan tolong kawan tersebut daripada jatuh.  Mesti kita taknak kawan kawan kita jatuh dan takda siapa plak yang nak tolong kann.  Kesiaan dia.

Macam tu lah ukhuwwah sepatutnya.  Bila ada kawan kita rasa down.  Bila ada kawan kita rasa macam dah takda harapan nak hidup.  *macam over je*  Bila ada kawan kita rasa macam pembawa nasib malang.  Allah mesti akan hantar seseorang kepada orang orang tersebut untuk membantu mereka naik kembali.  Dan mungkin orang tersebut adalah anda.  Ye, ANDA!  *Tak caye?*

Kita mesti jadi solid yang apabila dipanaskan; diberi ujian yang menguji persahabatan sekali pun tidak akan terputus bond antara kita.  Akan sentiasa kekal solid yang paling mantap!  ^^V

So, kategori 2 iaitu Liquid.

So, liquid.  Hemmm, liquid ni zarah zarahnya tidak rapat macam solid.  Tapi tak bermakna ukhuwwah tu ada jurang.  Bukann.  Analogi yang diberikan oleh beliau adalah seperti ini.

Okay, bayang kan anda dan kawan kawan anda seperti sebuah tasik.  Tak kisah sama ada tasik yang luas atau tasik yang kecik comel.  Sesiapa yang memandang akan berasa tenang.  Bertambah tenang kalau ditemani kicauan burung dan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa.  *Hocehhh, ayat takleh nak gramatis lagi ke*

Okay, sekali ada sesuatu atau seseorang yang membaling batu ke dalam tasik tersebut.  Apa akan berlaku?  Akan ada gelombang air dikeliling tempat batu itu jatuh.  Kann.  Kemudian?  Gelombang tersebut akan membesar, membesar dan membesar sehingga sampai ke gigi air.  Maknanya semua bahagian akan terkena gelombang tersebut.  Semua bahagian dapat merasai gelombang tersebut.

Begitu jugalah ukhuwwah.  Sesungguhnya, manusia itu tak lepas dari ujian dari Allah.  So, mesti antara kita dan kawan kita sedang menghadapi masalah.  Batu yang dibaling ke dalam tasik tadi umpama ujian dari Allah.  Gelombang yang sentiasa membesar itu dapat dirasai.  Maknanya kita pasti merasai kesusahan atau beban yang dialami dan dipikul oleh kawan kita.

Pabila kawan kita mendapat musibah, hati kita juga tidak tenang.  Sentiasa bertanyakan, "Kau okay tak?"  Kann?  Selalu kann?  *elele, jangan nak tipulahh*  Jadinya, kita mesti peka dengan keadaan kawan kita.  Daripada mimik muka dan nada percakapan pun kita tahu sama ada kawan kita tu okay ke tak.  Kalau dah macam tu, kita mesti buat sesuatu.  Takkan nak bagi dia tanggung sorang sorang.  Kesian dia. 

So, itulah ceritanya ukhuwwah itu seperti liquid.  So, apa lagi.  Mula perhatikan kawan kawan kita.  Tengok tengok sikit kalau kalau diorang ada masalah.  Tak kisah, masalah kewangan ke, masalah keluarga, masalah kawan, masalah study, masalah hati.  Selagi mana kita mampu, kita tolong okay!  You know what, if we just lend our ears to listen to them, it will be a huge relief for them.

Seriously, believe me!  ^^V



Wallahaualam.

Nota Comel : Kpd sis y stdy kat bangi sana,serius first baca ni t'ingat kat kamu ^_^

No comments:

Post a Comment