وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ-١٨٦
''And when My servants question thee concerning Me, then surely I am nigh. I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me.
So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright.(186)-Al Baqarah''

''Kalau bukan Allah siapalah kita?'' , ''Kalau bukan Allah apalah kita'' . ''Kalau bukan Allah musnahlah kita'' ~Allah,Allah,Allah,Allah~

Saturday 23 July 2011

~Kenangan itu kian berputar putar~

Bismillah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Apa khabar iman kita2 semua??Moga sihat insyaAllah.

''Orang yang mulia antara kamu ialah orang yang suka memberi salam '' - Sabda Nabi S.A.W

Ingat lagi seorang penceramah ni kata

'' Masa saya dekat oversea bila muslim bertemu dengan muslim mereka akan berebut nak kasik salam antara satu sama lain sebabnya ??''  Refer balik apa yang Nabi cakap kat atas tu :) 

Alhamdulilah.Akhirnya exam yang agak penat sudah pon habis.Soalan senang ke tak terpulang dekat usaha kita belajar kalau paham dan betul2 insyaAllah dapat jawab dan senang.Apepon sekarang hanya bertawakal kepada Allah sahaja.Sesungguhnya DIA yang mengatur segalanya.Kita hanya mampu redha dan terima dengan ikhlas..:) ( Tazkirah pendek )

Sambung balik untuk tajuk post kali ni..

Pejam celik dah sebulan lebih diri ini meninggalkan dua kota yang tak pernah untukku lupakan walau seketika.Rindu sangat!!

Mekah dan Madinah ~

Bila teringat memory kat situ,hati sebak nak menangis..Beruntunglah mereka yang Allah panggil untuk pergi ke sana setiap tahun..

Ingat lagi mula2 nak datang sana.Malam sebelum nak bertolak hati risau je.KOSONG!! Tak da perasaan sangat.Yang ada cuak sebab macam2 boleh jadik kat sana.Esok pagi bertolak pi KLIA.Jasad tak sabar nak jejak Madinah tapi hati celaru..Dah lepas2 semua maka bermulah penerbangan bersama Saudi Airlines..Duduk dalam tu makan tido tengok movie makan lagi sambung tido balik..Dannn akhirnya sampai juga kota yang penuh kisah..Madinah Munawaarah..Hembusan angin menyambut kedatangan kami..Kagum dengan arab lelaki kat sana bila mereka utamakan nisa.Mereka buat satu barisan khasuntuk cek pasport ''linnisa faqad'' kalau ada lelaki dalam barisan tu nanti arab tu suruh pergi barisan lain.Agak kesian di situ..Kemudian kami disambut pula dengan seorang mutawiff untuk tunjuk mana bas yang nak naik.Akhirnya dalam pukul 9 lebih waktu arab kami pun selamt sampai di Hotel.

Waktu ondaway nak pi Hotel..Umi ada tunjuk Masjid Nabawi , diri ni pun tecari2 mana pula msjid ni..Tak nampak!Tapi takpe lepas masuk ''Funduk'' siap2 terus jalan pergi Masjid Nabawi..Agak teruja tengok sangat lawa.Pandang atas nampak langit gelap takda bintang.Masjid dia besar.Dan sangat menjaga.Sebelum masuk Masjid ''an nisa'' kena cek beg dulu sebab camera adalah tidak dibenarkan bagi menjaga aurat kalau2 teramik gambar muslimah arab..Alhamdulilah lepas dah solat semua,Umi terus ajak masuk Raudah..Dikatakan Raudah merupakan antara Taman2 Syurga.Sebelum masuk doa2 moga Allah permudahkan dan Allah kasik kesempatan untuk masuk dan solat kat situ.Sebabnya apa.Ramai orang berebut nak masuk.Dan Allah mendengar doa hamba ini Alhamdulilah dapat solat hajat dan taubat kat situ.Dan sekali lagi Allah mendengar doa hamba ini apabila diberi peluang sekali lagi bila dapat masuk Raudah esok paginya lepas ziarah Makam Nabi dan sahabat..Hati sebak..Masa mula2 dapat masuk Raudah still hati rasa kosong.Tapi Alhamdulilah masuk Rauda untuk kali ke 2 ni sangat2 feeling..3 hari di Madinah.Keluar masuk Masjid ---> Funduk ---> Jalan beli jubah ( dah macam jadi pemborong nak jual kat Malaysia je ).Sampailah hari terakhirdan bertolak lah rombongan kami untuk pergi ke satu lagi kota yang ditunggu tunggu.

Perjalanan ambil masa 5 jam untuk sampai Mekah.Lebih kurang pukul 10 malam waktu Arab kami sampai.Masukkan barang dalam Funduk turun tunggu jemmah lain dan gerak.Maka bermulalah waktu pembersihan diri zahir dan batin di hadapan Kaabah.First buat tawaf blurr sebab tak tau.Ikut je mutawiff.Mula2 nampak Kaabah pun macam tu je.Tapi dah masuk hari ke2 buat umrah yang ke2 baru dapat rasa sangatt feel.Rasa Allah itu sedang bersama kita.Malaikat macam sedang ikut kita..Best sangat besst.Alhamdulilah..Alhamdulilah Allah kasik peluang kepada diri ini untuk panjat Gua Hiara'..Lawa sangat pandangan dari Gua Hira nampak 1 Mekah..SubhanaAllah.Muhasabah melihat tempat di mana Kekasih Allah duduk memikirkan perbuatan Arab Jahilliyah saat itu.

Dan akhirnye sampai lah waktu yang kalau boleh tak nak hari tu..Sebak sangat2..Sedih bakal tinggalkan Kota itu.Duduk dalam Masjidil Haram tenang..Pusing2 semua yang kat situ mesti kat tangan masing2 ada senaskah Al-Quran.Indahnya saat itu..Dapat merasai yang Islam masih kuat.Air Zam2 yang sejuk tak pernah habis.Rak2 Al - Quran yang berkilat2..Rinduu sangat..Main dengan anak2 Arab yang comel2..

Indahnya saat  itu Ya Allah.Sama2 lah bersyukur jika kita dipilih Allah untuk sampai ke Mekah dan Madinah..Tak semua orang yang Allah panggil..Kadang2 kita selalu dengar orang kata

''Bolehlah family kau kaya.Bolehlah pergi Umrah.Aku tak mampu ''

Ingatlah.Sesungguhnya kaya bukan faktor kita dapat buat Umrah.Tapi penyebabnya adalah Allah panggil kita menjadi tetamuNya.Ada je orang yang tak berkemampuan datang buat Umrah..Sape2 yang bakal menjadi tetamu Allah manfaatkanlah sepenuh masa di sana..Jangan pernah berhenti untuk berdoa dan bersyukur..Rindu sangat2 Rindu.

Syukran kerana sudi baca luahan diri saat ini..Wallahualam..

: Bakal tetamu Allah diri ini ingin meminta anda menyampaikan salam buat insan yang diri ini rindui Rasulallah s.a.w dengan lafaz ''Assalamualaika Ya Rasulallah''

No comments:

Post a Comment